Tak tahu bagaimana hendak diterjemah dengan kata-kata apabila PPK Mekatronik mendapat Johan untuk hiasan khemah. Kami menjerit sepuasnya terlalu gembiramalah,kelukaan kami terubat apabila khemah yang dihias musnah akibat hujan lebat yang datang secara tiba-tiba tanpa diduga. Namun, kami tidak berputus asa dengan apa yang terjadi di saat penilaian ingin dilakukan. Kumpulan kami terus berusaha melakukan 'touch-up' terakhir pada khemah dan membaiki segala kerosakan pada hiasan khemah.Kami bekerja keras dalam keadaan basah dengan hati yang walang menitis air mata apabila melihat segala yang diusahakan hilang sekelip mata. Mereka disekeliling bertanya "Adakah kami exco perhubungan okey?''. kami tidak mampu tersenyum dalam keadaan itu. Namun, segala-galanya terbayar pabila kami dinobatkan sebagai juara. Kami bangga dan puas,. Cukup sampai di sini, saya akan masukkan beberapa gambar selepas ini.
P/S: tuggu post seterusnya..
kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya membuatkan kita perlu lebih banyak berfikir..
Search This Blog
Kami
Sunday, 25 March 2012
Friday, 23 March 2012
Penyerang mahu ledak lagi temui NS 17 Mac ini
“SAYA menghadiahkan dua gol ini untuk ayah dan ibu yang tersayang,” kata Mohd Khyrill Muhymeen Zambri yang membantu Kedah menewaskan Perlis 3-2 dalam saingan pusingan kedua Piala FA, kelmarin.
“Mereka sudah banyak berkorban menjadikan saya seorang pemain bola sepak yang berjaya bersama Kedah.”
Penyerang kebangsaan itu menambah betapa dia tidak menjangka dapat menjaringkan dua gol di Stadium Darulaman selepas buntu tanpa jaringan ketika bertemu PKNS pada saingan pusingan pertama Piala FA dan juga dalam Liga Super menentang Selangor.
“Dua jaringan ini adalah untuk ayah dan ibu yang sentiasa memberi sokongan moral dan juga kewangan kepada saya sejak memulakan kerjaya bola sepak di peringkat sekolah.
“Saya juga tidak lupa menghadiahkan dua jaringan ini sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan 15,000 peminat setia yang membanjiri Stadium Darulaman dan membakar semangat juang kami di padang,” katanya.
Khyrill kini sudah menemui sentuhan dan keyakinan baru untuk menyerlah lagi dan mahu menyambung usaha itu apabila Kedah menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 17 Mac ini untuk memperbaiki kedudukan di Liga Super.
“Kini bukan hanya saya saja menjadi penjaring gol bagi Kedah tetapi Faizal Abu Bakar dan Safi Alfatah dari Maghribi sudah berjaya mencatat nama dalam senarai penjaring. Tiga gol kelmarin adalah pertama dalam satu perlawanan oleh pasukan setakat ini,” tambahnya.
“SAYA menghadiahkan dua gol ini untuk ayah dan ibu yang tersayang,” kata Mohd Khyrill Muhymeen Zambri yang membantu Kedah menewaskan Perlis 3-2 dalam saingan pusingan kedua Piala FA, kelmarin.
“Dua jaringan ini adalah untuk ayah dan ibu yang sentiasa memberi sokongan moral dan juga kewangan kepada saya sejak memulakan kerjaya bola sepak di peringkat sekolah.
“Saya juga tidak lupa menghadiahkan dua jaringan ini sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan 15,000 peminat setia yang membanjiri Stadium Darulaman dan membakar semangat juang kami di padang,” katanya.
Khyrill kini sudah menemui sentuhan dan keyakinan baru untuk menyerlah lagi dan mahu menyambung usaha itu apabila Kedah menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 17 Mac ini untuk memperbaiki kedudukan di Liga Super.
“Kini bukan hanya saya saja menjadi penjaring gol bagi Kedah tetapi Faizal Abu Bakar dan Safi Alfatah dari Maghribi sudah berjaya mencatat nama dalam senarai penjaring. Tiga gol kelmarin adalah pertama dalam satu perlawanan oleh pasukan setakat ini,” tambahnya.
Thursday, 22 March 2012
UniMAP kami
Bila sebut Perlis, yang pertama terlintas adalah UniMAP,
Apa yang hebatnya UniMAP ni?
Nak tahu, mari kita dedahkan sedikit demi sedikit,
Kampus UniMAP mungkin dianggap berteraburan di sekitar Perlis,
tetapi,
ia adalah bertujuan untuk memajukan ekonomi Perlis disamping meletakkan kampus di tempat yang sesuai.
Walaupun kampus utama yang terletak di Pauh belum siap sepenuhnya,
beberapa bangunan penting telahpun berjaya didirikan dengan gah-nya oleh pihak UniMAP.
Bagi bakal Mahasiswa/Mahasiswi yang sedang memilih arah tuju seterusnya, marilah bersama kami di sini.
Pintu gerbang :
Perpustakaan Utama :
Night view
Di dalam perpustakaan :
Sekian saja untuk entry kali ni,, look forward to next entry. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)