Sekiranya kita merujuk kepada hukum
,merokok sebenarnya haram tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari
setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya
untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain.
Kajian itu belum didapati oleh ulama terdahulu ketika menghukumkannya
makruh.Hal ini telah dibuktikan dengan adanya dalil yang mengatakan 'Dan
menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang
buruk'(Surah al-A'raf 7:157)
Perlukah bersuci dan solat bagi orang yang sakit?
Sekiranya mengikut hukum ia gugur kepada
kewajipan pada bahagian yang tidak mampu dilakukan sahaja. Pada asalnya
pesakit wajib bersuci dengan sempurna menggunakan air, sekiranya mampu
berbuat bergitu sama ada melakukannya sendiri atau dengan bantuan ornag
lain. Sekiranya penggunaan air akan menambahkan lagi penyakit atau
melambatkan kesembuhan maka kita dibolehkan untuk berpindah kepada
kaedah tayamum. Sekiranya kita tidak mampu untuk menggunakan air dan
tanah, solatlah mengikut kaedah dan kemampuannya tanpa perlu
menggantikan semula solat itu. Wajib keatas pesakit untuk menunaikan
solat dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring atau dengan
isyarat mata sekali pun kesemuanya mengikut kemampuan pesakit tersebut.
Hal ini telah dibuktikan dalam dalil yang mengatakan" Allah tidak
memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."(Surah
al-Baqarah 2:286)."Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan
dan bersusah payah dalam perkara agama"."Kemudian kamu tidak
mendapatkan air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah,debu yang suci..(Surah al-Nisa 4: 43).
No comments:
Post a Comment