Kami

My photo
Perlis Indera Kayangan, Malaysia

Tuesday, 1 May 2012

Umat Islam Perlu Berjihad Untuk Tingkatkan Ekonomi, Titah Raja Muda



KANGAR, 23 Mac (Bernama) -- Umat Islam perlu melakukan transformasi positif dan berjihad ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi yang sejajar dengan tuntutan agama, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda dalam menghadapi persaingan ekonomi semasa, mereka perlu berjihad dalam perniagaan di samping mewujudkan 'wakaf korporat' sebagai institusi yang boleh membantu perkembangan ekonomi Islam.

Bertitah merasmikan seminar 'Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat' di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis malam tadi, baginda yakin ekonomi umat Islam akan terus berkembang jika mereka turut menyertai transformasi itu.

Seminar itu dianjurkan bersama oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Timbalan Presiden DPIM Tan Sri Muhamad Ali Hashim membentang kertas kerja bertajuk 'Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat Pemangkin Ekonomi Ummah' pada majlis yang dihadiri umat Islam seluruh Perlis itu.

Sumber -- BERNAMA

Raja Muda Perlis Mahu Perlis Jadi Model Pengurusan Bencana

KANGAR, 25 Mac (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu Perlis yang sering menjadi sasaran banjir menjadi negeri model bagi pengurusan bencana.

Baginda bertitah sebagai sebuah negeri yang terdedah kepada banjir, rakyat tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi bencana, sebaliknya berusaha mempersiapkan diri dengan kaedah pengurusan bencana yang terbaik dan berkesan.

Ketika menutup Program Kesedaran Bencana peringkat Komuniti Negeri Perlis anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis di Tasoh Lake Resort and Retreat dekat sini hari ini, baginda bertitah rakyat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab menguruskan bencana kepada kerajaan semata-mata.

"Rakyat juga perlu mengambil segala langkah dan usaha untuk membendung, mengurangkan kesan kemusnahan dan bagi mencapai hasrat untuk menjadi sebuah negeri maju," titah baginda.

Program dua hari itu disertai 450 peserta termasuk penduduk kampung Titi Tinggi Hilir, Sungai Buloh, Batu Bertangkup, Panggas Kecil, Panggas Besar serta Padang Melaka yang sering berhadapan dengan banjir.

Di samping kerajaan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) menggerakkan beberapa inisiatif bagi memberi kesedaran berkaitan bencana melalui ceramah di sekolah, kampung dan masjid.

Selain itu, YTSP juga memperkenalkan beberapa idea menghadapi bencana seperti penyediaan beg kecemasan dan catuan kecemasan kepada beberapa kampung yang sering dilanda banjir.

"Dengan adanya kit kecemasan ini, maka dapatlah semua mangsa banjir untuk bertahan hidup bagi tempoh jangkamasa terhad sebelum bantuan sebenar tiba," titah Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Pengerusi YTSP.

Baginda bertitah kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah juga sedang menggiatkan usaha mewujudkan kumpulan pembantu kecemasan dalam setiap rumah dan tempat kerja manakala Persatuan Radio Amatur Perlis sentiasa melakukan penambahbaikan dalam usaha menangani bencana melalui aspek perhubungan.

Titah baginda bencana alam tidak boleh dielakkan tetapi rakyat boleh meminimumkan kadar korban jiwa dan kerosakkan melalui persiapan rapi bagi menghadapinya.

"Sudah sampai masanya kita bertindak secara bermentaliti kelas pertama dan matang dalam menangani bencana alam yang melanda negeri kita ini," titah baginda.

Sumber -- BERNAM
A

Monday, 30 April 2012

INFO FIQH

Apakah sebenarnya hukum merokok? Dulu dengarnya makruh,sekarang kita dengar haram pula, kenapa?



Sekiranya kita merujuk kepada hukum ,merokok sebenarnya haram tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kajian itu belum didapati oleh ulama  terdahulu ketika menghukumkannya makruh.Hal ini telah dibuktikan dengan adanya dalil yang mengatakan 'Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk'(Surah al-A'raf 7:157)


Perlukah bersuci dan solat bagi orang yang sakit?



Sekiranya mengikut hukum ia gugur kepada kewajipan pada bahagian yang tidak mampu dilakukan sahaja. Pada asalnya pesakit wajib bersuci dengan sempurna menggunakan air, sekiranya mampu berbuat bergitu sama ada melakukannya sendiri atau dengan bantuan ornag lain. Sekiranya penggunaan air akan menambahkan lagi penyakit atau melambatkan kesembuhan maka kita dibolehkan untuk berpindah kepada kaedah tayamum. Sekiranya kita tidak mampu untuk menggunakan air dan tanah, solatlah mengikut kaedah dan kemampuannya tanpa perlu menggantikan semula solat itu. Wajib keatas pesakit untuk menunaikan solat dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring atau dengan isyarat mata sekali pun kesemuanya mengikut kemampuan pesakit tersebut. Hal ini telah dibuktikan dalam dalil yang mengatakan" Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."(Surah al-Baqarah 2:286)."Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan bersusah payah dalam perkara agama"."Kemudian kamu tidak mendapatkan air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah,debu yang suci..(Surah al-Nisa 4: 43).

Thursday, 26 April 2012

Tanggapan negatif cabaran besar terhadap umat

KANGAR, 4 April (Bernama) -- Tanggapan negatif terhadap Islam adalah antara cabaran besar dihadapi umat Islam kini, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah tanggapan itu antara isu yang perlu ditangani secara menyeluruh termasuk oleh MAIPs.
 

"Tugas dan fungsi MAIPs semakin hari semakin besar dan mencabar dalam usaha menangani isu besar," titah baginda pada multaqa pegawai dan kakitangan MAIPs di Kuala Perlis dekat sini malam tadi.
 

Menurut baginda, cabaran lain ialah masalah perpecahan umat Islam dan isu murtad yang titah baginda antara langkah menanganinya menerusi perancangan strategik, memerlukan sumber tenaga berkualiti, prasarana kondusif dan program yang sistematik.
 

Titah Tuanku Syed Faizuddin, setiap agensi di bawah MAIPs perlu memperluaskan skop perkhidmatan supaya masyarakat melihat kesungguhan agensi yang benar-benar berperanan, releven dan cekap membangun umah dalam semua aspek.
 

Pada majlis itu kira-kira 100 orang pegawai dan kakitangan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dan ketrampilan MAIPs yang disampaikan secara bersama oleh Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
 

Baginda turut menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para wartawan yang selama ini memberi kerjasama terhadap program MAIPs.
 

Sumber -- BERNAMA

http://www.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=628%3Atanggapan-negatif-terhadap-islam-cabaran-besar-kepada-umat&catid=49%3Aberita-terkini&lang=ms

Gejala ponteng perlu ditangani sebaik mungkin: Raja Muda Perlis

KANGAR, 6 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa bimbang dengan gejala ponteng sekolah sekarang dan mahu ianya ditangani sebaik mungkin kerana perbuatan itu bukan saja merugikan pelajar malah memberi kesan negatif kepada negara.

Ketika melancarkan program Titian Kasih Mega, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Simpang Empat dekat sini, baginda menasihati pelajar supaya menjauhi perbuatan itu manakala pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru perlu menggembleng tenaga secara berterusan melaksanakan langkah pencegahannya.
 

"Tidak perlu menuding jari antara satu sama lain kerana isu ini memerlukan tanggungjawab bersama PIBG dan sekolah.
 

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya," titah baginda pada majlis anjuran bersama Yayasan Tuanku Syed Putra dan Jabatan Pelajaran Perlis itu.
 

Menurut baginda, pelbagai faktor menjadi penyebab kepada masalah ponteng termasuk suasana persekitaran pembelajaran, pengaruh media massa, sikap pelajar dan juga pengaruh rakan.
 

Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa antara kesan buruk kepada pelajar yang ponteng sekolah ialah mereka terdedah kepada gejala sosial negatif, prestasi pembelajaran merosot dan peluang mereka dalam pasaran pekerjaan selepas tamat persekolahan menjadi sukar.
 

"Negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan," titah baginda.
 


Sumber -- BERNAMA

http://www.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=633%3Agejala-ponteng-perlu-ditangani-sebaik-mungkin-raja-muda-perlis&catid=49%3Aberita-terkini&lang=ms

Sebanyak 104 Pesakit Buah Pinggang Terima Rawatan Di HT



KANGAR, 5 April (Bernama) -- Sebanyak 104 pesakit buah pinggang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan angka itu adalah tinggi bagi negeri Perlis, kata pengarah hospital itu, Dr Ahmad Nordin Mohd Jais Khamis.

Menurutnya, mereka berkongsi 30 buah mesin hemodialisis pada kadar purata setiap pesakit menerima rawatan tiga kali seminggu dengan setiap rawatan mengambil masa selama empat jam.
 

Berucap merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat Negeri Perlis di HTF hari ini, beliau berharap semua pihak memberi perhatian terhadap ancaman itu.
 

Katanya, antara yang berisiko menghidap penyakit buah pinggang ialah para pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi dan yang demikian masyarakat perlu mengawal pemakanan mereka sebagai langkah pencegahan.
 

Beliau berharap para pengamal perubatan mengambil langkah proaktif dengan memberi penerangan sewajarnya kepada pesakit jika mereka dikesan mempunyai tanda awal kencing manis dan darah tinggi.
 

Sumber -- BERNAMA

Sunday, 8 April 2012

Banjir di Perlis



Tinjauan mendapati antara lokasi yang kini dilanda banjir ialah Beseri dan Bintong, namun setakat ini belum ada penduduk di kampung kawasan terbabit dipindahkan. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang ditemui di sini, berkata kerajaan negeri sudah membuka bilik gerakan banjir di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

Kawasan yang sering dinaiki air

banjir di perlis
lori yang hampir ditenggelami air
    

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ketika dihubungi memberitahu pihaknya sudah membuka empat pintu Empangan Timah Tasoh pada tengah hari ini dan paras air pula ialah pada 29.18 meter, berbanding paras bahaya 29.80 meter. 

Sementara itu, cuaca hujan tidak menghalang majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di negeri ini, termasuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong di sini yang turut dihadiri Md Isa. 

Turut mengadakan rumah terbuka hari ini ialah anggota dewan undangan negeri 
(Adun) kawasan Santan, serta wakil rakyat kawasan Sena. - BERNAMA

Sunday, 25 March 2012

USAHA KERAS YANG MEMBERI HASIL DAN KEPUASAN

Tak tahu bagaimana hendak diterjemah dengan kata-kata apabila PPK Mekatronik mendapat Johan untuk hiasan khemah. Kami menjerit sepuasnya terlalu gembiramalah,kelukaan  kami terubat apabila khemah yang dihias musnah akibat hujan lebat yang datang secara tiba-tiba tanpa diduga. Namun, kami tidak berputus asa dengan apa yang terjadi di saat penilaian ingin dilakukan. Kumpulan kami terus berusaha melakukan 'touch-up' terakhir pada khemah dan membaiki segala kerosakan pada hiasan khemah.Kami bekerja keras dalam keadaan basah dengan hati yang walang menitis air mata apabila melihat segala yang diusahakan hilang sekelip mata. Mereka disekeliling bertanya "Adakah kami exco perhubungan okey?''. kami tidak mampu tersenyum dalam keadaan itu. Namun, segala-galanya terbayar pabila kami dinobatkan sebagai juara. Kami bangga dan puas,. Cukup sampai di sini, saya akan masukkan beberapa gambar selepas ini.


P/S: tuggu post seterusnya..

Friday, 23 March 2012

Penyerang mahu ledak lagi temui NS 17 Mac ini 

SAYA menghadiahkan dua gol ini untuk ayah dan ibu yang tersayang,” kata Mohd Khyrill Muhymeen Zambri yang membantu Kedah menewaskan Perlis 3-2 dalam saingan pusingan kedua Piala FA, kelmarin.
“Mereka sudah banyak berkorban menjadikan saya seorang pemain bola sepak yang berjaya bersama Kedah.”
Penyerang kebangsaan itu menambah betapa dia tidak menjangka dapat menjaringkan dua gol di Stadium Darulaman selepas buntu tanpa jaringan ketika bertemu PKNS pada saingan pusingan pertama Piala FA dan juga dalam Liga Super menentang Selangor. 

“Dua jaringan ini adalah untuk ayah dan ibu yang sentiasa memberi sokongan moral dan juga kewangan kepada saya sejak memulakan kerjaya bola sepak di peringkat sekolah. 

“Saya juga tidak lupa menghadiahkan dua jaringan ini sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan 15,000 peminat setia yang membanjiri Stadium Darulaman dan membakar semangat juang kami di padang,” katanya. 

Khyrill kini sudah menemui sentuhan dan keyakinan baru untuk menyerlah lagi dan mahu menyambung usaha itu apabila Kedah menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 17 Mac ini untuk memperbaiki kedudukan di Liga Super. 
“Kini bukan hanya saya saja menjadi penjaring gol bagi Kedah tetapi Faizal Abu Bakar dan Safi Alfatah dari Maghribi sudah berjaya mencatat nama dalam senarai penjaring. Tiga gol kelmarin adalah pertama dalam satu perlawanan oleh pasukan setakat ini,” tambahnya.


Thursday, 22 March 2012

UniMAP kami

Bila sebut Perlis, yang pertama terlintas adalah UniMAP,
Apa yang hebatnya UniMAP ni?
Nak tahu, mari kita dedahkan sedikit demi sedikit,
Kampus UniMAP mungkin dianggap berteraburan di sekitar Perlis,
tetapi,
ia adalah bertujuan untuk memajukan ekonomi Perlis disamping meletakkan kampus di tempat yang sesuai.
Walaupun kampus utama yang terletak di Pauh belum siap sepenuhnya,
beberapa bangunan penting telahpun berjaya didirikan dengan gah-nya oleh pihak UniMAP.

Bagi bakal Mahasiswa/Mahasiswi yang sedang memilih arah tuju seterusnya, marilah bersama kami di sini.

Pintu gerbang :


Perpustakaan Utama :

Night view



Di dalam perpustakaan :








Sekian saja untuk entry kali ni,, look forward to next entry. =)