Sekiranya kita merujuk kepada hukum ,merokok sebenarnya haram tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kajian itu belum didapati oleh ulama terdahulu ketika menghukumkannya makruh.Hal ini telah dibuktikan dengan adanya dalil yang mengatakan 'Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk'(Surah al-A'raf 7:157)
Perlukah bersuci dan solat bagi orang yang sakit?
Sekiranya mengikut hukum ia gugur kepada kewajipan pada bahagian yang tidak mampu dilakukan sahaja. Pada asalnya pesakit wajib bersuci dengan sempurna menggunakan air, sekiranya mampu berbuat bergitu sama ada melakukannya sendiri atau dengan bantuan ornag lain. Sekiranya penggunaan air akan menambahkan lagi penyakit atau melambatkan kesembuhan maka kita dibolehkan untuk berpindah kepada kaedah tayamum. Sekiranya kita tidak mampu untuk menggunakan air dan tanah, solatlah mengikut kaedah dan kemampuannya tanpa perlu menggantikan semula solat itu. Wajib keatas pesakit untuk menunaikan solat dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring atau dengan isyarat mata sekali pun kesemuanya mengikut kemampuan pesakit tersebut. Hal ini telah dibuktikan dalam dalil yang mengatakan" Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."(Surah al-Baqarah 2:286)."Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan bersusah payah dalam perkara agama"."Kemudian kamu tidak mendapatkan air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah,debu yang suci..(Surah al-Nisa 4: 43).